ARTIKEL & MAKLUMAT

Sokongan Teknikal

Artikel, panduan dan maklumat daripada Pasukan Teknikal ICT Daerah Kluang.

Sokongan Teknikal

LAWATAN TAPAK PROGRAM 1Daerah1Sekolah – SK BUKIT PALOH

Pasukan PTIS Daerah Kluang daripada Zon Kluang Timur, Zon Bandar Renggam dan Zon Paloh telah mengadakan lawatan ke SK Bukit Paloh bagi melihat, meninjau, mengukur serta menilai keperluan pemasangan rangkaian tanpa wayar (Wi-Fi) di seluruh kawasan sekolah. Untuk pelaksanaan program 1Daerah1Sekolah, SK Bukit Paloh telah dipilih sebagai sekolah perintis bagi Daerah Kluang. Melalui program ini, sebanyak 12 unit Enterprise Access Point (EAP) akan dipasang di seluruh kawasan sekolah bagi memperluaskan liputan internet dan meningkatkan capaian rangkaian untuk kegunaan warga sekolah.

Sokongan Teknikal

Perbincangan Pelan Pemetaan Rangkaian Perluasan Internet (1 Sekolah 1 Daerah) SK Bukit Paloh

PTIS terlibat dalam sesi perbincangan dan semakan teknikal bagi Pelan Pemetaan Rangkaian Perluasan Internet di SK Bukit Paloh. Skop perbincangan melibatkan penelitian terhadap keadaan infrastruktur rangkaian sedia ada, liputan internet di kawasan sekolah, lokasi pemasangan peralatan rangkaian serta keperluan penambahbaikan bagi memastikan capaian internet yang lebih menyeluruh dan stabil.

Sokongan Teknikal

OPERASI PEMERKASAAN PRASARANA ICT SEKOLAH PASUKAN TEKNIKAL ICT SEKOLAH (PTIS) DAERAH KLUANG

Pasukan Teknikal ICT Sekolah (PTIS) Daerah Kluang terus melaksanakan usaha pemerkasaan prasarana ICT melalui kerja-kerja penyelenggaraan perkakasan dan penambahbaikan infrastruktur rangkaian di beberapa buah sekolah. 🔹 PENUKARAN BATERI CMOS KOMPUTER MAKMAL Kerja-kerja penyelenggaraan dan penukaran bateri CMOS telah berjaya dilaksanakan melibatkan 21 buah komputer makmal di: 🏫 SK LKTP Belitong 🏫 SK Batu 3