
09 Sep 2026
Pasukan PTIS Daerah Kluang daripada Zon Kluang Timur, Zon Bandar Renggam dan Zon Paloh telah mengadakan lawatan ke SK Bukit Paloh bagi melihat, meninjau, mengukur serta menilai keperluan pemasangan rangkaian tanpa wayar (Wi-Fi) di seluruh kawasan sekolah.
Untuk pelaksanaan program 1Daerah1Sekolah, SK Bukit Paloh telah dipilih sebagai sekolah perintis bagi Daerah Kluang. Melalui program ini, sebanyak 12 unit Enterprise Access Point (EAP) akan dipasang di seluruh kawasan sekolah bagi memperluaskan liputan internet dan meningkatkan capaian rangkaian untuk kegunaan warga sekolah.
Kerja-kerja pemasangan dijangka akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2026 dengan penglibatan seramai 14 orang tenaga PTIS daripada tiga zon, iaitu Zon Kluang Timur, Zon Bandar Renggam dan Zon Paloh. Kerjasama ini diharapkan dapat memastikan proses pemasangan berjalan lancar serta memberikan liputan internet yang lebih menyeluruh dan berkualiti kepada warga SK Bukit Paloh.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin ke arah persekitaran pembelajaran digital yang lebih kondusif selaras dengan aspirasi transformasi pendidikan di Negeri Johor.