
09 Sep 2026
Satu program Tanggungjawab Sosial (CSR) menerusi inisiatif kolaboratif strategik di antara 𝐏𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤𝐚𝐥 𝐈𝐂𝐓 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 (𝐏𝐓𝐈𝐒) 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐃𝐞𝐬𝐚 (𝐏𝐊𝐃) 𝐏𝐚𝐥𝐨𝐡, 𝐊𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Pusat Komuniti Desa (PKD) Paloh pada 8 Ogos 2026 (Sabtu).
Program yang penuh bermakna ini turut diserikan dengan kehadiran Penyelaras PTIS daerah Kluang, 𝐄𝐧. 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐢𝐥 𝐛𝐢𝐧 𝐊𝐥𝐢𝐯𝐨𝐧, bersama Wakil PTIS Daerah Kluang Zon Paloh, 𝐄𝐧. 𝐀𝐫𝐢𝐟 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐝𝐧𝐚𝐧, yang turun padang bagi memberikan sokongan penuh terhadap usaha pemerkasaan digital ini.
Menerusi jalinan kerjasama ini, dua bengkel berimpak tinggi telah dianjurkan buat warga setempat iaitu:
1️⃣ 𝐁𝐞𝐧𝐠𝐤𝐞𝐥 𝐀𝐬𝐚𝐬 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐧𝐞𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐛𝐞𝐫
2️⃣ 𝐁𝐞𝐧𝐠𝐤𝐞𝐥 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐒𝐨𝐬𝐢𝐚𝐥, 𝐊𝐫𝐞𝐚𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐀𝐈
Bengkel ini dianjurkan khusus untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐢 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐫𝐚𝐤𝐭𝐢𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡-𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐲𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐧𝐞𝐭, 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐝𝐚𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐛𝐚𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐧𝐜𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐛𝐞𝐫, serta bagaimana mereka boleh 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐩𝐥𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐥𝐚𝐭𝐟𝐨𝐫𝐦 𝐦𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐬𝐨𝐬𝐢𝐚𝐥, 𝐤𝐫𝐞𝐚𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐝𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥, 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐜𝐚𝐧𝐠𝐠𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐤𝐢𝐧𝐢 seperti Generative AI untuk meningkatkan tahap produktiviti harian mahupun ekonomi perniagaan.
Besar harapan kami agar segala perkongsian ilmu di dalam bengkel ini akan dimanfaatkan sebaiknya oleh setiap peserta. Semoga usaha berterusan ini mampu merealisasikan hasrat bersama untuk melahirkan sebuah komuniti celik digital yang progresif dan berdaya saing seiring dengan peredaran teknologi masa kini.
𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗜𝗻𝗶, 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗞𝗶𝘁𝗮, 𝗜𝗺𝗲𝗷 𝗞𝗶𝘁𝗮