Bimbingan Digital
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐆𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁 𝐒𝐎𝐒𝐈𝐀𝐋 (𝐂𝐒𝐑): 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐂𝐄𝐋𝐈𝐊 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐊𝐎𝐋𝐀𝐁𝐎𝐑𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐏𝐓𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 & 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐄𝐒𝐀 (𝐏𝐊𝐃) 𝐏𝐀𝐋𝐎𝐇, 𝐊𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆
Satu program Tanggungjawab Sosial (CSR) menerusi inisiatif kolaboratif strategik di antara 𝐏𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤𝐚𝐥 𝐈𝐂𝐓 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 (𝐏𝐓𝐈𝐒) 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐃𝐞𝐬𝐚 (𝐏𝐊𝐃) 𝐏𝐚𝐥𝐨𝐡, 𝐊𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Pusat Komuniti Desa (PKD) Paloh pada 8 Ogos 2026 (Sabtu). Program yang penuh bermakna ini turut diserikan dengan kehadiran Penyelaras PTIS daerah Kluang, 𝐄𝐧. 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐢𝐥 𝐛𝐢𝐧 𝐊𝐥𝐢𝐯𝐨𝐧, bersama Wakil PTIS Daerah Kluang Zon Paloh, 𝐄𝐧. 𝐀𝐫𝐢𝐟 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐝𝐧𝐚𝐧, yang turun padang bagi memberikan sokongan penuh terhadap usaha pemerkasaan digital ini.