๐ฅ PTIS bertugas: ABDUL RAHIM BIN ALI,MOHD SHARIL BIN KLIVON,NORARZIANA BINTI NORIZAN,NORAZILA BINTI RAMLAN
Dalam tindakan
DASHBOARD KELUAR MASUK MURID : ADUAN ICT SEKOLAH - PPD KLUANG
ISD #582076 ยท ๐ Khidmat bantu ยท ๐ SM SAINS JOHOR
๐ฅ PTIS bertugas: MOHD AZMIE DANIEL BIN IDRIS,MOHD HISHAM BIN JALIL
Dalam tindakan
Cara Melapor Kerosakan
Ada masalah berkaitan talian internet, komputer, peralatan sewaan, peranti ICT atau aset di sekolah? Jangan risau, pihak PTIS Daerah Kluang sedia membantu.
Untuk membolehkan tindakan dibuat dengan lebih teratur, pihak sekolah perlu membuat laporan terlebih dahulu melalui Sistem ISD KPM di isd.moe.gov.my.
Selepas laporan diterima, pihak PTIS akan menyemak aduan dan menghubungi pihak sekolah bagi mendapatkan maklumat lanjut serta memaklumkan tarikh atau masa kehadiran ke sekolah sekiranya tindakan di lokasi diperlukan.
Pastikan laporan ISD dibuat terlebih dahulu ya.
Dengan adanya nombor laporan ISD, setiap aduan dapat direkod, dijejak dan diselesaikan dengan lebih teratur.
Lapor dahulu di ISD, selebihnya biar kami bantu. ๐
Cara Memohon Khidmat Bantu PTIS
Khidmat bantu PTIS boleh dipohon bagi menyokong pelaksanaan program, aktiviti atau keperluan teknikal anjuran PPD, JPN atau jabatan berkaitan yang memerlukan bantuan daripada pasukan PTIS.
Permohonan hendaklah dibuat melalui surat rasmi kepada Sektor Pengurusan Maklumat, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan menyatakan maklumat program seperti tarikh, masa, lokasi, bentuk khidmat bantu yang diperlukan, keperluan peralatan serta pegawai untuk dihubungi.
Setelah permohonan diterima dan dipertimbangkan, pihak Sektor Pengurusan Maklumat JPN Johor akan mengemukakan makluman kepada Penyelaras PTIS Daerah untuk tujuan penyelarasan penugasan anggota PTIS.
Bagi memastikan persediaan dan penyelarasan dapat dibuat dengan baik, permohonan hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh program.
Mohon lebih awal, supaya kami boleh bersedia dengan lebih baik untuk membantu.