Hebahan & Program

Panduan Pengurusan Combo Box BE7200 Menggunakan Nanominds Elite

Panduan Pengurusan Combo Box BE7200 Menggunakan Nanominds Elite

10 Sep 2026

Bagi pengguna Skyworth Combo Box BE7200 / SK-G7220, urusan tetapan dan pengurusan peranti boleh dibuat dengan lebih mudah melalui aplikasi Nanominds Elite. Melalui aplikasi ini, pengguna mempunyai dua pilihan log masuk iaitu Local Login dan Cloud Login. Local Login sesuai digunakan apabila telefon disambungkan terus ke Wi-Fi Combo Box, manakala Cloud Login membolehkan peranti diikat kepada akaun pengguna untuk tujuan pengurusan secara remote. Antara fungsi yang boleh diuruskan melalui aplikasi ialah tetapan Wi-Fi, peranti yang sedang bersambung, LAN dan DHCP, tetapan WAN, port forwarding, speedtest, parental control serta beberapa tetapan sistem seperti restart, reset, firmware upgrade dan pertukaran device password. Untuk Local Login, pengguna hanya perlu sambungkan telefon kepada Wi-Fi Combo Box, buka aplikasi Nanominds Elite, pilih Local Login dan masukkan username serta device password yang tertera pada pelekat di bahagian bawah peranti. Panduan ringkas dalam artikel ini disediakan bagi memudahkan pengguna mengenali kaedah akses dan fungsi asas pengurusan Combo Box BE7200 tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada paparan web.